Thursday, May 17, 2012

Diet - Hari Keempat

Esok Sita pi KL.Malam ni last Sita update tentang Diet Sita.Walaupun Sita dah tak update selepas ni,Insyaallah Sita akan cuba berdiet dan cuba kontrol makan.Makan Siang tadi Sita makan kentang goreng, tapi rasa menyesal pulak makan kentang goreng tu sebab kalori tinggi.satu kantung kecik jer dah 405 kalori ,terpaksa Sita cuba imbang makan hari ini.

Makan Malam :
Bubur nasi setengah cup 100 kalori
terung bakar 20 kalori
nuget 3 ketul 180 kalori

Hari ini 705 kalori masuk dalam badan.Syukur alhamdulillah sebab tak melebihi 1600 kalori dalam sehari.Bagi wanita di galakkan mengambil 1600-2000 kalori dalam sehari.Rasanya selama empat hari Sita berdiet,Sita tak pernah makan makanan yang melebihi 1600 kalori dalam sehari.

Oleh kerana Sita last update entri tentang Cabar diri turunkan berat badan dalam tempoh tujuh hari.Hari ini Sita timbang berat badan,dan keputusan boleh la rasa happy sikit.

Berat sebelum Berdiet : 58kg
Berat selepas empat hari berdiet : 55kg (turun 3kg)

Bagi yang nak berdiet tolong jangan ikut cara Sita Diet ok.Diet Sita ni diet bawa penyakit.kalau korang perasan menu diet sita dari hari petama hingga hari ke empat,Sita tak de makan nasi.adapun makan bubur jer.Lagipon Sita Tak amik sarapan dan makan tengah hari sebab bangun lambat.bagi yang ada gestrik tu tolong jangan sesekali ikut cara Sita.nanti karang korang masuk hospital hahahaha dah namanya sita cakap ini diet terdesak kan,




Terima kasih sudi baca. Renungkan sampai termenung :D


JANGAN LUPA LIKE FAN PAGE MRS.SITA, SILA DATANG LAGI ;)

Wednesday, May 16, 2012

Diet - Hari ketiga

Huh hari ini penat yang teramat sangat.Baru jer habis kemas umah,nasib baik suami pon join sama.suami vakum  dan mop lantai.Sita pulak lap habuk habuk kat dapur,celah celah almari,peti sejuk,pas tu cuci tandas bilik dan tandas luar.Ini kira bersenam jugak kan,sebab hari ini Sita takde buat senaman.

Macam biasa Sita selalu bangun lambat,Big boss yang takde pendapatan.Sarapan dan makan tengah hari Sita tak amik.Menu petang :
Roti dua keping
nescafe (minuman tin)

Makan Malam :
Mee Goreng + Sayur
Nuget ayam tiga ketul tak ketinggalan nuget my pebret


Doakan Sita kurus :)


Terima kasih sudi baca. Renungkan sampai termenung :D


JANGAN LUPA LIKE FAN PAGE MRS.SITA, SILA DATANG LAGI ;)

Tuesday, May 15, 2012

Diet - Hari Kedua

Hari ini tersangat lah sakit badan. Tulang bagaikan nak patah di sebabkan buat senaman malam kemarin.Tak pernah buat senaman tiba tiba buat senaman.Inilah akibatnya malas bersenam.Diet hari ini, makan rasanya tak banyak.Sarapan tak payah nak amik tahu lah sebab bangun pon paling awal jam dobelas tengah hari. hehehehe malangnya suamiku dapat isteri sepertiku.Menu tengah hari tadi 
bubur nasi 
 terung bakar cicah ngan asam pedas
nuget ayam tiga ketul gila sangat makan nuget padahal cakap ayam dah di block.hehehe

Petang Sita pi bersenam ngan suami.semangat sebab hubby bagi sokongan yang penuh.Makan malam pulak terasa takde selera nak melantak.So makan keropok jer tu pon curi keropok anak..hehehe.Lagi satu Sita banyak amalkan minum air suam.

budak yang kehilangan keropok :)

Doakan Sita Kurus :)


Terima kasih sudi baca. Renungkan sampai termenung :D


JANGAN LUPA LIKE FAN PAGE MRS.SITA, SILA DATANG LAGI ;)

Monday, May 14, 2012

Diet - Hari Pertama

Semalam Sita ada update entri nak cabar diri turunkan berat badan dalam tempoh tujuh hari.Sila klik SINI.Oleh kerana hari ini Sita bangun jam tiga petang.waktu sarapan dan makan tengah hari Sita ketinggalan. Jadi Sita terus makan petang. Menu petang Sita :
Roti 2 keping
Nuget ayam 4 ketul
Air kosong

Menu makan malam sebelum jam lapan :
Mee Goreng + Sayur
Nuget ayam 4 Ketul
Air kosong

Jam 9.30 p.m Sita buat senaman sikit :)

Doakan Sita kurus!!!! ;D


Terima kasih sudi baca. Renungkan sampai termenung :D


JANGAN LUPA LIKE FAN PAGE MRS.SITA, SILA DATANG LAGI ;)

Sunday, May 13, 2012

Cabar Diri Turunkan Berat Badan Dalam Tempoh Tujuh Hari

Mampus lah berat badan dah naik huh.Jem kepala hotak memikirkannya.Tem melantak makanan tak pulak kepala hotak jem.Berjalan dengan lancar jer tanpa ada halangan. Nampaknya diet Sita kali ni diet yang betul betul terdesak kerana dalam sembilanbelasharibulan sita gi KL.

Adoi matilah Sita kali ini terpaksa memblock Ayam,daging,minuman bergas,minuman ais dari masuk ke perut Sita yang sekarang di landa boboyot.Apapon esok Sita mula update Hari pertama hingga la hari ketujuh, apa yang Sita lakukan dalam menurunkan berat badan dalam tempoh tersebut. Dan lihat hasilnya nanti selepas tujuh hari. Boleh ke tak Sita terima cabaran diri sendiri demi tuk diri sendiri puiihh apa yang sita merapuh ni.Tapi betul la kan hehehe.

BERAT SEKARANG 58KG!!!
Tunggu dan lihat :)






Terima kasih sudi baca. Renungkan sampai termenung :D


JANGAN LUPA LIKE FAN PAGE MRS.SITA, SILA DATANG LAGI ;)

Selamat Hari IBU


Selamat hari ibu

Sayangggggg ummie banyak banyak

Say "camat aie ibu ummie " salam dan cium tangan, kiss dahi, kiss pipi, kiss mulut. itu sita yang suruh hehehe Mesti ajar dia dari kecik. Nanti dia lupa hari hari yang penting. Sita tak nak dia jadi anak TUT tak boleh sebut nanti jadi satu doa kalau dia jadi anak tut, Sita sumpah dia jadi emas boleh Sita jual atau gadai hahaha bertuah punya ibu, mengambil kesempatan dalam kesempitan.sempat lagi pikir keuntungan sendiri Sita gurau jer okey.

Apapon Sita ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada ibuku, ibu mertuaku,dan diri Sita sendiri yang dah bergelar Ibu.Tidak lupa juga kepada ibu ibu seluruh dunia ;)

Ibu kau ampunilah dosa dosaku,andainya pernah menghiris hatimu.Restumu yang amat aku harapkan,kerana di situ letaknya syurgaku.Terima kasih ibuku tersayang, diatas segala pengorbanan, serta setiap titis air susu yang telah membesarkanku. Hanya doa yang bisa ku mempersembahkan untukmu kerana jasamu tiada terbalas.



Terima kasih sudi baca. Renungkan sampai termenung :D


JANGAN LUPA LIKE FAN PAGE MRS.SITA, SILA DATANG LAGI ;)

Renungkan sampai Termenung :D

clik clik

hey clik me