Wednesday, June 29, 2011

Jerawat yang NOOB


jerawat gila


Aku pegal betul lah dengan jerawat ni, ntah ada apa dengan muka haku ni sampai telampaw melekat kau dengan muka haku ea . Takkan ada apa dengan cinta di muka aku sampai kau tercari cari hingga meninggalkan luka yang dalam.tak cukup dengan luka yang kau tinggalkan, parut pula yang kau beri menjadi satu kenangan yang sukar aku lupakan.pehhhh!


hey memang noob lah,bukan takat noob tapi kik.bikin pegal .dah bermacam macam racun yang aku beli  tapi  tak pandai mati mati.malahan makin segar di muka ku. kenapa muka ku yang kau pilih. kenapa!!!!!!!!!!!!


tak cukup kah lagi kaw telah memperhodohkan muka aku. takkan dengki dengan mukaku yang cute maut ni.hahahahahahaha jerawat yang memegalkannyaduiiii...(jozan)






Terima kasih sudi baca. Renungkan sampai termenung :D


JANGAN LUPA LIKE FAN PAGE MRS.SITA, SILA DATANG LAGI ;)

Minuman pebret aku di abad ini


Oreo chocolate blog



perrrgggghhhhhh minuman pebret ku di abad ini.sedap gila ehhh.boleh di katakan tiap malam aku pi beli minuman ni  tu yang badan makin comel.minum sekali conform nak lagi.nama minuman ni oreo chocolate blog memang ada kik lah minuman ni sampai menjilat kaki.

Oreo chocolate ni banyak campurannya iaitu semestinya ada biskut oreo dan chocolate kan,dah namanya pon oreo chocolate hahahahaha. ok ok aku bagi korang yang detail punya, apa campuran dia.

chocolate + oreo + milk tea + black pearl = semua bahan bahan tadi tu di blander bersama ais batu

kikikikiki macam taw taw jek aku kan...tapi ni la yang aku tengok tiap hari durang buat..dah namanya tiap hari aku pi beli so aku hafal lah cara durang buat tu.noob kan wakakakakaka. kalau di kk(KOTA KINABALU)  pulak minuman ni nama dia YOYO.masa di kk aku selalu beli milk tea campur pearl.sodaaaaaaapppp.

 ok la wei ngantok aku ni.


bai~!





Terima kasih sudi baca. Renungkan sampai termenung :D


JANGAN LUPA LIKE FAN PAGE MRS.SITA, SILA DATANG LAGI ;)

Saturday, June 25, 2011

Macam mana nak makan cincalok ea ???

Salam satu malaysia.Semalam aku pi supermarket beli barang dapur, jalan punya jalan tiba tiba aku ternampak satu botol kecik nak cakap sos tak juga,nak cakap kicap lagi la tak de kena mengena. kicap warna hitam yang ni pulak  ada udang kecik dalam botol tu hehehehehe.



Baca nama dia CINCALOK. hmmm nama tu pernah dengar dalam diari akademi fantasia. masa tu tenaga pengajar suh fina beli cincalok dekat melaka ke tak silap, aku pon tak pasti tempat fina pi masa tu. Nampak macam sedap so aku beli



Bila sampai rumah baru terpikir, aku beli cincalok ni tahu ke cara makan dia camana.banyak la persoalan yang timbul dalam kepala hotak aku tentang CINCALOK ni. huhuhuhuhu



Antara persoalan yang melanda di kepala hotak ku. camana nak makan cincalok tu ea samada :

  • nak makan begitu saja ke?
  • nak cincah dengan ape ape ke?
  • nak masak cincalok tu dulu baru boleh makan ke?
  • nak campur ape ape ke?
  • atau yang sewaktu dengannya


Buat pengetahuan korang aku ni asal sabah so makanan dekat semenanjung ni banyak yang aku tak pernah makan dan tak kenal hehehehehehe. kalau boleh aku nak try semua makanan tradisi orang malaysia ni.



Buat masa ni cincalok yang aku beli tu jadi perhiasan peti sejuk aku sebab tak tahu camana nak makan :)


rupa cincalok


ok bai




Terima kasih sudi baca. Renungkan sampai termenung :D


JANGAN LUPA LIKE FAN PAGE MRS.SITA, SILA DATANG LAGI ;)

Tuesday, June 21, 2011

my beloved son


Muhammad nurzulqarnain farish


 peeeeewiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiitttttttttttt


hahahahahaha muka bosan melepak


cute tak budak nie?, ini lah anak aku. orang cakap dia ni macam pompuan. Nama manja dia Aish pelikkan nama tu.hehehehe. perangai dia ni minta ampun, perrggggggghhhhh kuat merajuk.aku pon naik heran apa lah yang aku buat masa aku pregnant kan dia ni sampai perangai macam ni.


Bukan takat kuat merajuk tapi kalau bab tido memang kik lah, mati sak tidak aku tahan mata tunggu dia tido.waktu tido dia jam  tiga pagi , waktu bangun pulak jam dobelas tengahari.bertuah kan ada anak macam ni. Aku pon tak tahu apa kes,dari dia baru lahir memang susah dia tido awal.bersengkang mata juga aku membesarkan dia ni.


hobi dia.ahhhh meh aku nak kongsi cita tentang anak betuah aku ni.hobi dia suka men lappy.kecik macam ni tapi hotak dia teramat lah canggih. dia tahu guna mouse,shut down lappy,on lappy.membaca jer dia tak tahu.korang tak caya ka? ahhh korang tenguk lah sendiri

 tguk dia pegang mouse


 trip menaip lagi tu


cheewaahhhh, kunun


sekarang dah percaya kan. Sebelum aku chaw aku nak bagi tahu kepada bakal ibu dan kepada ibu ibu berilah anak anda minum susu enfagrow A+, confirm bijak dan kenakalan dia pon terlebih bijak hahahahahaha.....

ok bai!









Terima kasih sudi baca. Renungkan sampai termenung :D


JANGAN LUPA LIKE FAN PAGE MRS.SITA, SILA DATANG LAGI ;)

Sunday, June 19, 2011

sempena fathers day aku nak kongsikan cerita suka duka ku bersama pria terhebat

happy fathers day...aku bersyukur walaupun aku tak pernah rasa sentuhan kasih sayang seorang bapa kandung dan tidak pernah aku jumpa, dan paras rupanya pon aku tak kenal samada dia hensem ke ato tak...tapi aku tak pernah rasa kehilangan seorang bapa dan tak pernah haus dari kasih sayang seorang bapa....



tuhan telah mengurniakan aku seorang bapa yang cukup sempurna bagiku dan memberikan aku kasih sayang yang cukup dan lebih dari cukup...walaupun pertama kali sukar aku nak terima kenyataan semasa aku tingkatan satu...satu rahsia telah terbongkar tanpa di sengajakan bahawa sebenarya beliau hanya bapa tiri....



Sumpah demi allah walaupon aku dah tahu kenyataan itu aku tak pernah rasa yang dia bapa tiri atau dia orang asing bagiku....tidak sama sekali....aku cukup manja dengan beliau..kami ada enam orang adik beradik,abang abang aku memanggil beliau pacik...dan aku seorang sahaja memanggil beliau bapa...





beliau cukup sayang dengan aku...dari kecil dia berikan aku kasih sayang sepenuhnya...beliau tak pernah menyakiti aku malahan beliau marah kalau mak aku memarahi atau memukulku...tapi aku tak pernah kena pukul pon dengan mak aku...kikikiki...kehidupan kami tak lah semewah mana pon..kehidupan kami hanya sederhana sahaja boleh dikatakan hidup miskin/susah...



walaupon hidup kami susah tetapi beliau tetap berusaha membiayai dan menanggung aku dalam persekolahan....dan beliau tak pernah biarkan aku rasa hidup susah...selama aku membesar aku tak pernah rasa apa itu susah...segala kemahuan ku yang aku minta semua di tunaikan walaupon waktu itu beliau terpaksa berhutang...



beliau seorang bapa yang mulia...apa saja yang aku minta wang belanja,handpone,komputer nak beli itu,ini..tak pernah ada jawapan tidak boleh sebaliknya beliau jawap (berapa?...esok bapa bagi ea) selama aku di besarkan aku tak pernah dengar beliau mengeluh atau membebel kecuali mak aku yang kuat membebel...apa kata jambu maharaja lawak APAPON TAK BOLEH....



aku mula tahu apa itu erti susah masa aku sambung belajar, aku ambil diploma...mak aku memang tak nak aku sambung belajar sebab mak aku tahu kami tak mampu..kos tinggi...tapi bapa aku cakap selagi otak aku masih mampu nak belajar beliau nak aku teruskan...tentang kewangan biar bapa yang urus....aku pon dengan hati yang happy pergi sambung belajar....



time ni memang hidup aku tersangat sangat susah...terpaksa belajar berdikari,urus perbelanjaan sendiri..tiap bulan kewangan yang tak pandai cukup cukup...sampaikan aku terpaksa berjimat kadang kadang tu duit makan rm100 sebulan...mana nak bayar sewa rumah,bil air,api,print asment,bayar ini,bayar itu....kadang kadang tu jeles juga tenguk kawan kawan setiap sabtu ahad kuar jalan jalan, pegi shopping...aku duduk rumah,jaga rumah tak kira siang atau malam terpaksa layan blues sendiri....



aku kesian dengan bapa aku cukup banyak berkorban tuk aku..apa salahnya aku tolong tuk meringankan beban walaupon beban tu memang berat sangat sangat dengan kehidupan kami yang susah ni...kalau ikut kepala otak aku ni memang masakla bapak aku cari duit...aku ni jenis kuat shopping...tapi apakan daya keadaan aku yang tak mengizinkan semua tu kena tahan nafsu...



tapi aku sangat happy dan bersyukur tuhan kurniakan aku seorang bapa yang sangat mulia hatinya dan sangat menyanyangiku...dan aku pon sangat menyanyanginya...tanpa beliau aku takkan berdiri sejauh ini....terima kasih bapa...dirimu sangat berharga bagiku....i luv u forever n one....






Terima kasih sudi baca. Renungkan sampai termenung :D


JANGAN LUPA LIKE FAN PAGE MRS.SITA, SILA DATANG LAGI ;)

Saturday, June 18, 2011

Segmen Mencari 50 Blogger Cun Untuk Bloglist



Wahhh!!!! terlebih sudah bila tengok tajuk diatas tu..SEGMEN MENCARI 50 BLOGGER CUN.... cun ke?? sampai nak join segmen ni...agak agak korang, cun ke???....ahhhhh aku peduli hape cun tak cun ada aku kisah....mak tak kisah dowhhh......


Janji di mata mak...mak ni cun hape....kau hado muka macam aku ni....tak hado kan.....muehehehehehe....apapon sini mak nak posan satu perkara ni....walaupon di pandangan orang lain kita ni tak cun tapi kita kena bersyukur kerana tuhan telah menciptakan kita paras rupa yang sempurna dan tak hado cacat celahnya.....

kalau hade cacat pon korang jer yang bagi cacat pandai pandai jer korang nak ubah ciptaanya....nak bagi tinggi hidung la...hape lah...muka da ok, kan da cacat....padan muka kau.....apa yang aku merepek ni...buang masa jer jom kita jawab soalan di bawah tu.....


ceritakan sedikit tentang blog anda <==== ini soalan yang perlu di jawab tuk join segmen ni....


Terlebih dahulu aku memperkenalkan nama penuh blog aku workshopgirl86.blogspot.com korang boleh panggil blog aku workshop girl...workshop girl ni tak la secantik paras rupa ku..wahhhh gitu!!!!.....follower pon tak ramai....lagipon aku baru jer menjejak kaki ke alam blog ...orang kata baru nak menjinakkan diri....banyak lagi yang aku tak tahu tentang dunia blog .....


Dengan adanya workshop girl...aku boleh berkongsi cerita apa saja yang aku nak cerita....workshop girl aku dah anggap sebagai peneman hidup,dan best pren aku kerana dia lah tempat aku meluahkan segala yang aku nak kongsikan....workshop girl adalah kawan yang paling terbaik dari ladang dalam hidup ku.... 

ok siap...

babai....







Terima kasih sudi baca. Renungkan sampai termenung :D


JANGAN LUPA LIKE FAN PAGE MRS.SITA, SILA DATANG LAGI ;)

Saturday, June 11, 2011

Video maharaja lawak minggu ke 11 - Jozan


Maharaja lawak, jozan minggu ke sebelas lawak tahap ketawa terguling guling....pergghhhhh terbaik wok...kepala hotak korang ni memang aku tabik spring lah kalau buat lawak....lawak korang kreatif gila...jozan best!!!

Jom layan sampai pecah perut!!!! 








i love jozan 



Terima kasih sudi baca. Renungkan sampai termenung :D


JANGAN LUPA LIKE FAN PAGE MRS.SITA, SILA DATANG LAGI ;)

Friday, June 10, 2011

Akademi fantasia laknatullah ???



Jom kita saksikan video ini dan apa kata Ustaz Azhar Idrus mengenai Akedemi Fantasia....



sendiri mahu ingat lah ea rakyat malaysia.
renung renungkan dan selamat beramal...


assalamualaikum...


babai....









Terima kasih sudi baca. Renungkan sampai termenung :D


JANGAN LUPA LIKE FAN PAGE MRS.SITA, SILA DATANG LAGI ;)

Saturday, June 4, 2011

Bestnya aku dapat deko bersama Eric

Eric





Deko deko deko...hahahahaha....jom kita deko bersama eric tuk mencantikkan blog workshop girl....blog aku da tukar template tapi warna purple tu masi mentain lagi ok...sedih wohh terpaksa buang template workshop girl guna sebelum ni, yang ala ala diva gitu siap dengan makeup makeup lagi...sesuai juga la dengan tema workshop girl....hmmmmmm


tapi sekarang ni jeng jeng jeeeeeeeeng deko deko dekoooo...da bertukar menjadi simple tapi cantik...tu bagi aku lah tak tahu la bagi korunk....yang aku paling suka tu header baru aku....weeeeeeewittttttttttttttttt smart wohh....sambil baca entri ni...sila lah tenguk tenguk suasana blog workshop girl ya...jangan malu malu dan jemput minum...kalau nak minum pi dapur masing masing amik air sendiri...hehehehe


untuk pengetahuan korunk header aku tu bukan aku yang buat tapi Ayeem ayam yang buat kan....kikikikikiki....cantikkan??????...ahhhhhhhh kalau korang berminat nak buat header.... bagi tahu jer nak header camana...nak header tunggang tebalik ke hape ke...dia boleh buat...dia ni serbah boleh..yang bestnya dia buat header ni tak sampai sehari pon dah siap...tapi kalau yang cerewet macam aku ni amik masa lama sikit la tapi tak lama sangat satu hari jer dah siap....


sesiapa yang berminat tu  sini klik  sekarang ni ada promosi....pembetulan tajuk di atas tu ya bukan deko bersama eric tapi deko bersama Ayeem ayam....jangan marah...bye!!!!
Terima kasih sudi baca. Renungkan sampai termenung :D


JANGAN LUPA LIKE FAN PAGE MRS.SITA, SILA DATANG LAGI ;)

Renungkan sampai Termenung :D

clik clik

hey clik me