Monday, April 9, 2012

Aku sudah ada pengganti yang baru



 Syukur alhamdulillah kimi selamat melahirkan anak yang comel 8.4.2011 (3.00a.m)..Padahal baru jer aku kehilangan si kecik yang dah sampai ajal beberapa hari yang lalu,dah di gantikan dengan yang baru..macam penyambung nyawa pulak kan...hehehehe

sukanya mereka tido di laptop anak ku

 comel gila..geram tenguk

 asyik tido jer keja

 mereka dan ibunya kimi

 lapar tengah menyusu

ni pulak mumut raja pembuli happy la ada mangsa buli yang baru..sebab yang dia selalu buli dah mati.

Sekarang sibuk nak cari nama tuk tiga ekor yang comel ni..yang warna gelap dan putih sekor tu jantan, yang putih sekor lagi betina...hmm selama aku jaga kucing ni, banyak pulak kucing aku warna putih..macam angel la pulak..ahakz....

Alang alang entri aku ni cita kucing..aku nak perkenalkan antara kucing kucing aku yang aku jaga dari kecik..sampaikan bagi susu durang pon aku yang buat..

Nama dia shiro..kucing ni aku jaga tahun 2006 tak silap..aku sangat sayang dengan dia..aku pi kolej,pi kedai,aku bawa dan bagi masuk dalam bag aku..aku dengan dia tak boleh di pisahkan...kalau cuti semester pulak terpaksa la aku bawa balik kampung naik bas selama lapan jam..aku jaga dia dari umur tiga hari..punya sensara aku berjaga tiap malam bagi dia susu..aku bagi dia susu lactogen no satu..maw di katakan kawan kawan dan pensyarah aku kenal dengan dia..tapi jodoh aku dengan dia tak panjang sebab dia kena culik.


 Yang ini pulak nama dia Michi..aku jaga dia tahun 2008..Masa tu aku masi belajar lagi di kolej yang sama aku jaga si shiro..cerita dia sama juga macam si shiro aku sentiasa bawa pi mana mana...tp ini special sikit sebab masa aku kahwin dia ada di sisi aku..jodoh aku dengan dia masih panjang.Selepas jer kahwin aku ikut husband aku tinggal di perlis dan dia terpaksa aku tinggalkan dengan bapa aku..sekarang ni bapa aku yang jaga..


 Kimi kucing pertama aku jaga di perlis ni...masa kecil dia suka isap hujung telinga ketika kami tido.konon konon dia isap susu..aku jaga dia ni masa tahun 2009..lama juga dia hidup dengan kami lagipon dia kucing yang setia dengan tuannya..

ini pulak anak si kimi..kucing ni paling pelik..kalau korang perasan mata dia berlainan warna..kiri warna lain kanan pon warna lain..tapi umurnya tak panjang dia mati terlanggar oleh husband aku sendiri.dia kucing yang penyanyang.


Mumut raja pembuli..kalau membuli bagi la dia..ini kucing paling samseng kalau ada anak si kimi habis jadi mangsa dia bawa gaduh..masa kecil paling susah di jaga.tak pandai dengar cakap,degil,suka berak merata tempat..lambat tangkap apa yang di ajar..kata erti lain kucingku paling bebal..hahahaha


Ada sekor lagi kucing aku yang masih segar di ingatan, sayang aku takda gambar dia.namanya cici dia bijak,dengar cakap..aku jaga masa aku belajar di kolej..setiap aku balik kelas mesti dia tunggu di pintu hostel aku..dia sangat manja..pada satu hari tu dia menghilang lama tak balik rumah.Tapi dalam beberapa hari aku dengan kawan kawan aku tahu keberadaannya..Adalah makhluk tuhan yang sangat baik dengan binatang..si cici di langgar kereta,kakinya patah..budak pompuan tu la yang pungut dan bawa si cici pi klinik haiwan tuk rawat kakinya yang patah.Dengan happy aku pon ambil cici dr budak tu dan sambung dia punya temu janji doktor.bila aku bawa dia pi klinik doktor tu nak potong kakinya.pas tu doktor haiwan bagi aku dua pilihan.pilihan pertama nak teruskan potong kakinya tapi dia hidup menderita.pilihan yang kedua doktor tu nak suntik mati..(memang gila doktor haiwan tu) aku apa lagi menangis yang takda kesudahan la.susah buat keputusan.nasib baik mentor aku(pensyarah) bagi nasihat dan memilih pilihan yang pertama teruskan potong kakinya..ajal di tangan tuhan bukan di tangan doktor tu..tapi seminggu kemudian my cici mati...dia menghembus nafas yang terakhir selepas azan magrib seingat aku dan betul betul depan mata aku.tuhan lebih sayangkan dia...Hari tu aku sangat sedih sampaikan aku tak datang kelas satu hari..tapi yang melucukan bila aku datang kelas semua pensyarah aku ucap takziah atas kematian my cici..hehehehe.

Tanpa mereka hidup aku tak lengkap. :)



Terima kasih sudi baca. Renungkan sampai termenung :D


JANGAN LUPA LIKE FAN PAGE MRS.SITA, SILA DATANG LAGI ;)

0 comments:

Post a Comment

Renungkan sampai Termenung :D

clik clik

hey clik me