Sunday, June 19, 2011

sempena fathers day aku nak kongsikan cerita suka duka ku bersama pria terhebat

happy fathers day...aku bersyukur walaupun aku tak pernah rasa sentuhan kasih sayang seorang bapa kandung dan tidak pernah aku jumpa, dan paras rupanya pon aku tak kenal samada dia hensem ke ato tak...tapi aku tak pernah rasa kehilangan seorang bapa dan tak pernah haus dari kasih sayang seorang bapa....



tuhan telah mengurniakan aku seorang bapa yang cukup sempurna bagiku dan memberikan aku kasih sayang yang cukup dan lebih dari cukup...walaupun pertama kali sukar aku nak terima kenyataan semasa aku tingkatan satu...satu rahsia telah terbongkar tanpa di sengajakan bahawa sebenarya beliau hanya bapa tiri....



Sumpah demi allah walaupon aku dah tahu kenyataan itu aku tak pernah rasa yang dia bapa tiri atau dia orang asing bagiku....tidak sama sekali....aku cukup manja dengan beliau..kami ada enam orang adik beradik,abang abang aku memanggil beliau pacik...dan aku seorang sahaja memanggil beliau bapa...





beliau cukup sayang dengan aku...dari kecil dia berikan aku kasih sayang sepenuhnya...beliau tak pernah menyakiti aku malahan beliau marah kalau mak aku memarahi atau memukulku...tapi aku tak pernah kena pukul pon dengan mak aku...kikikiki...kehidupan kami tak lah semewah mana pon..kehidupan kami hanya sederhana sahaja boleh dikatakan hidup miskin/susah...



walaupon hidup kami susah tetapi beliau tetap berusaha membiayai dan menanggung aku dalam persekolahan....dan beliau tak pernah biarkan aku rasa hidup susah...selama aku membesar aku tak pernah rasa apa itu susah...segala kemahuan ku yang aku minta semua di tunaikan walaupon waktu itu beliau terpaksa berhutang...



beliau seorang bapa yang mulia...apa saja yang aku minta wang belanja,handpone,komputer nak beli itu,ini..tak pernah ada jawapan tidak boleh sebaliknya beliau jawap (berapa?...esok bapa bagi ea) selama aku di besarkan aku tak pernah dengar beliau mengeluh atau membebel kecuali mak aku yang kuat membebel...apa kata jambu maharaja lawak APAPON TAK BOLEH....



aku mula tahu apa itu erti susah masa aku sambung belajar, aku ambil diploma...mak aku memang tak nak aku sambung belajar sebab mak aku tahu kami tak mampu..kos tinggi...tapi bapa aku cakap selagi otak aku masih mampu nak belajar beliau nak aku teruskan...tentang kewangan biar bapa yang urus....aku pon dengan hati yang happy pergi sambung belajar....



time ni memang hidup aku tersangat sangat susah...terpaksa belajar berdikari,urus perbelanjaan sendiri..tiap bulan kewangan yang tak pandai cukup cukup...sampaikan aku terpaksa berjimat kadang kadang tu duit makan rm100 sebulan...mana nak bayar sewa rumah,bil air,api,print asment,bayar ini,bayar itu....kadang kadang tu jeles juga tenguk kawan kawan setiap sabtu ahad kuar jalan jalan, pegi shopping...aku duduk rumah,jaga rumah tak kira siang atau malam terpaksa layan blues sendiri....



aku kesian dengan bapa aku cukup banyak berkorban tuk aku..apa salahnya aku tolong tuk meringankan beban walaupon beban tu memang berat sangat sangat dengan kehidupan kami yang susah ni...kalau ikut kepala otak aku ni memang masakla bapak aku cari duit...aku ni jenis kuat shopping...tapi apakan daya keadaan aku yang tak mengizinkan semua tu kena tahan nafsu...



tapi aku sangat happy dan bersyukur tuhan kurniakan aku seorang bapa yang sangat mulia hatinya dan sangat menyanyangiku...dan aku pon sangat menyanyanginya...tanpa beliau aku takkan berdiri sejauh ini....terima kasih bapa...dirimu sangat berharga bagiku....i luv u forever n one....






Terima kasih sudi baca. Renungkan sampai termenung :D


JANGAN LUPA LIKE FAN PAGE MRS.SITA, SILA DATANG LAGI ;)

4 comments:

  1. hye awk! hehee..saya review header awk kat blog saya. kalau rajin jom la singgah! :)

    http://www.alyaesprezzo.com/2011/06/fahmi-vs-ayeem.html

    ReplyDelete
  2. wow.. antara entry hari bapa yang terbaik. take care of him no matter who he was okay! :')

    ReplyDelete
  3. perghhh...mengalir airmata baca post nie :)
    ur father so great !

    ReplyDelete

Renungkan sampai Termenung :D

clik clik

hey clik me