Saturday, June 25, 2011

Macam mana nak makan cincalok ea ???

Salam satu malaysia.Semalam aku pi supermarket beli barang dapur, jalan punya jalan tiba tiba aku ternampak satu botol kecik nak cakap sos tak juga,nak cakap kicap lagi la tak de kena mengena. kicap warna hitam yang ni pulak  ada udang kecik dalam botol tu hehehehehe.



Baca nama dia CINCALOK. hmmm nama tu pernah dengar dalam diari akademi fantasia. masa tu tenaga pengajar suh fina beli cincalok dekat melaka ke tak silap, aku pon tak pasti tempat fina pi masa tu. Nampak macam sedap so aku beli



Bila sampai rumah baru terpikir, aku beli cincalok ni tahu ke cara makan dia camana.banyak la persoalan yang timbul dalam kepala hotak aku tentang CINCALOK ni. huhuhuhuhu



Antara persoalan yang melanda di kepala hotak ku. camana nak makan cincalok tu ea samada :

  • nak makan begitu saja ke?
  • nak cincah dengan ape ape ke?
  • nak masak cincalok tu dulu baru boleh makan ke?
  • nak campur ape ape ke?
  • atau yang sewaktu dengannya


Buat pengetahuan korang aku ni asal sabah so makanan dekat semenanjung ni banyak yang aku tak pernah makan dan tak kenal hehehehehehe. kalau boleh aku nak try semua makanan tradisi orang malaysia ni.



Buat masa ni cincalok yang aku beli tu jadi perhiasan peti sejuk aku sebab tak tahu camana nak makan :)


rupa cincalok


ok bai




Terima kasih sudi baca. Renungkan sampai termenung :D


JANGAN LUPA LIKE FAN PAGE MRS.SITA, SILA DATANG LAGI ;)

2 comments:

Renungkan sampai Termenung :D

clik clik

hey clik me