Monday, May 30, 2011

Doaku Buat Mereka







Ceritakan satu kenangan yang anda amat kesali dimana anda pernah  membuatkan hati kedua ibu bapa anda tercalar hatinya kerana perbuatan anda tu ... Ini sekadar satu pengajaran dan tauladan yang patut kita kongsikan bersama memandangkan skang ni cuti sekolah dan ramai adik adik kita dok membaca blog..(soalan abg ben)






kesusahan melanda nak menjawab soklan abg ben...tapi oleh kerana aku nak join juak segmen ni terpaksalah aku menyedarkan diri dulu sebelum menjawab soklan abg ben...kesusahan melanda yang aku maksud kan tu aku tak tahu nak mula dari mana sebab kalau kes membuatkan hati kedua ibu bapa tercalar ni,memang tahap paling banyak la...boleh di katakan tiap hari aku calarkan hati mak bapa aku tanpa aku sedari dengan perbuatanku......






antara perbuatan keji aku yang berjaya membuatkan hati mak bapa aku tercalar setiap hari tanpa aku sedari...dan sekarang baru lah aku sedari.. calon calon nya ialah...




  • buat mak aku menangis  peristiwa ni da lama berlaku..masa tu aku masih sekolah menengah...dan masa tu sehari sebelum raya....dulu aku anak yang paling malas dan termalas tahap kemalasan la...bangun pon kul 12 tengahari....esok nak raya kerja nak buat mesti la banyak kan tuk persiapan raya...pastu dalam umah ,aku dengan mak aku jer pompuan..kalau aku tak tolong, mak aku la yang buat sorang2 keja kat umah tu..abang2 aku suma tak boleh harap...dan aku pun masa tu memang tak boleh harap dah berapa kali mak aku bangunkan aku, untuk tolong buat keja umah sampai la mak aku membebel tapi aku gasak tido juak...tapi tak sangka pulak mak aku boleh nangis masa tu..mungkin mak aku terlampau kepenatan dan tekanan dengan perangai aku...ishk ishk ishk betapa kejamnya anak mu ini....aku rasa ini la perbuatan yang paling keji...bukan rasa tapi memang keji pon....hahahaha....tapi sekarang aku da ok...aku suda menjadi anak yang rajin....kikikikiki....


  • terlawan samada di sedari ato tak..punca selalunya aku terlawan ni kes tak sependapat dan tak persefahaman...memang aku akui aku dengan mak aku selalu mempunyai kehendak yang berbeza..sampaikan aku terlawan sebab tak setuju dengan kehendak mak bapa aku padahal niat tu bukan mahu melawan..bila mak tak ikut kehendak aku, mula lah merajuk menunjukkan muka yang paling buruk...kalau boleh buat muka beruk...muka beruk tu la juga yang akan di tunjuk...dan secara tak langsung hati mak aku pun tercalar...

  • terlupa samada di sedari ato tak..part ni aku paling kesal tahap dewa....aku duduk jauh tapi aku jarang call tanya kabar..tapi di sebaliknya tiap hari mak bapa aku call tanya keadaanku....Dari aku zaman stady sampai la zaman perkahwinan dan sekarang aku mempunyai seorang anak..tiap hari mak bapa aku call...mungkin mak bapa aku terlampau risau dan telampau rindu dan sayang dengan aku sebab aku anak bongsu dan anak pompuan satu2 dalam keluarga...mak, bapa maafkan anakanda mu ini....sepatutnya anakmu ini tiap hari call menanyakan kabar tapi bukan di sebaliknya.....

  • tidak mengambil peduli kata2@ nasihat mereka...kes ni tak payalah aku nak cita..sendiri mahu ingat la ya...mejoriti anak2 kalau mak bapa bagi nasihat ato membebel korang takkan dengar punya...jasad ada depan durang tapi telinga ntah letak kat mana...kalau dengar pun masuk telinga kanan,kuar telinga kiri pas tu yakin dan confidentnya menjadi hero/heroin melawan tuk pertahankan diri sendiri...padahal kita tak pikir nak pertahankan diri kau sekali mana pon...pintu neraka sentiasa terbuka luas tuk kau...



Tapi alhamdulillah dengan segmen abg ben ni baru la menyedarkan aku dan membangunkan aku dari tido betapa banyaknya dosa aku kepada orang tua ku dan tiap hari aku calarkan hati mereka...kalau aku tak sedar tak lah aku bagi senarai di atas tu kan...serius aku betul betul sangat kesal dengan perbuatan ku di atas..sebab sekarang aku tak tinggal sebumbung dengan mak bapaku...aku da bekeluarga sendiri....dan aku yakin satu hari aku akan merasai apa yang mereka lalui selama besarkan aku..sebab aku sekarang da bergelar seorang ibu....






akhir sekali aku berdoa " Ya Allah kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku..kau berikan kesejahteraan hidup dan kau lindungi la mereka...kau tempatkan la mereka dengan orang orang yang beriman...amin... " Semoga tuhan mengampuni segala dosa dosa ku terhadap kedua ibu bapaku..dan semoga ibu bapa ku mengapuni dosa dosa ku...semoga ibu bapa ku sentiasa merestui aku sepanjang menjalani kehidupanku hingga ke akhir hayat...mak,bapa restu doamu amat penting bagiku....ampuni anakanda mu yang tak lepas dari kesilapan....






pesanan untuk anak anak jangan tiru perbuatan ini ok...perbuatan ini sangat la di larang....sayangilah ibu bapa anda sebelum anda menyesal seumur hidup...






ok bye...






Terima kasih sudi baca. Renungkan sampai termenung :D


JANGAN LUPA LIKE FAN PAGE MRS.SITA, SILA DATANG LAGI ;)

3 comments:

  1. Mak ayah boleh jaga, didik dan beri kasih syg kepada 10 org anak...tp seorg anak kdg2 belum mampu utk jaga mak ayah sendiri dgn baik ...

    ReplyDelete
  2. hi dear, jom join kontes;

    http://networkedblogs.com/iq39s

    ReplyDelete
  3. amin.. semoga diampuni dosa2 mereka..

    ReplyDelete

Renungkan sampai Termenung :D

clik clik

hey clik me