Saturday, April 9, 2011

Petua Hilangkan Parut Jerawat




Gambar Hiasan











Tadi workshop girl ada buka internet...pastu ternampak la petua mghilangkan parut jerawat...tapi boleh percayakah nie ea.... apa apa hal workshop girl nak try petua nie...manalah taw kan petua nie mujarab...hehehehe.......


bukan apa sebenarnya workshop girl mempunyai masalah kulit wajah...dekat pipi tu bukan main lagi macam jalan tak siap...penuh dengan parut jerawat...hmmmmmm( mengeluh setengah gila) da puas da workshop girl cuba produk tuk menghilang kan parut nie...tapi apa kan daya parut ni da cinta mati dengan pipi workshop girl....


workshop girl akan try petua nie satu2...kalau berkesan petua nie dan boleh buat parut jerawat da tak cinta mati dengan pipi workshop girl....workshop girl akan buat kenduri 1 kampung...wakakakakaakaka....padan muka ngko parut jerawat!!!!! 

nie petua tuk menghilangkan jerawat yang workshop girl dapat dari internet :

Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.

Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.

Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah  jam. Kemudian cuci dengan air suam.


Kepada pembaca tu jangan lupa doakan kecantikan workshop girl ea...dan sapa y ada petua yang mujarab dan boleh di percayai...boleh la di kongsikan bersama....


MAJULAH KECANTIKAN UNTUK NEGARA!!!!!




Terima kasih sudi baca. Renungkan sampai termenung :D


JANGAN LUPA LIKE FAN PAGE MRS.SITA, SILA DATANG LAGI ;)

3 comments:

  1. have u try all the petua?
    berkesan ka?
    sy pon mw try :)

    ReplyDelete
  2. pe kate try gune kunyit, arwah mak ajar saye n skrg dah kurang siket. lagipon orang india gune kunyit xkasi jerawat tumbuh..hehe

    ReplyDelete

Renungkan sampai Termenung :D

clik clik

hey clik me